
Assalamualaikum .Ok ,entry kali ni aku buat khas untuk sahabat aku ni .Erm .Nama dia macam yang tertera dekat tajuk entry aku kali ni .Pandai-pandai la hampa semua baca .Bulan dia dilahirkan sama dengan aku ,bulan 8 .Tarikh ja beza .Dia awal sikit pada aku .Aku lahir 13.8 ,dia lahir 8.8 .Dia ni pandai sangat .Sebab tu la boleh masuk MRSM PKP tuh .Dia nak tinggalkan kami dah start 8 .2 .2012 ni .Aku sedih gila .Time aku dengar Cikgu Ariffin announced nama dia untuk budak yang kena pi PKP memang dah bergenang dah air mata aku .Bila aku nampak dia nangis ,aku pun apa lagi nangis jugak la .Antara kami yang rapat dengan dia ,aku la yang paling kerap nangis sebab dia .Tau dak sebab apa ?Sebab dia ni la yang tiap-tiap hari tunggu aku depan kiub aku .Tak kisah la aku siap lambat ka cepat ka ,dia tetap tunggu aku .Dia tak pernah merungut apapun .Kami kalau nak clear block selalu sekali .Tak pernah la dia tak tunggu aku .Baik kan dia ? *Ok ,sekarang ni mata aku dah start panas .Aku baru rapat dengan dia ,dia kena pindah pulak . Serius sedih .Lepas ni takdak sapa la nak story mory ngan aku dah .Lepas ni ,takdak dah yang nak bawak Samsung Corby kaler kuning .Aku suka kacau dia kat floor .Selalunya bila dia tengah cakap dengan aku ,aku akan buat tak dengar ja .Pastu ,dia akan suruh aku dengar cita dia and kami sama-sama gelak .Lepas ni sapa nak sembang dengan aku dekat bilik utility ?Sapa nak kena kacau dengan aku ?Aku minta maaf sangat kat hg Mirah kalau aku ada buat hg terasa or sakit hati dengan aku .Mirah ,nanti kalau hg kat Taiping ,hg jangan lupa kami semua kat Pendang tau .Bila hg ada kawan baru ,hg jangan buat lupa kat kami semua yang rapat dengan hg .Hg dekat sana ,jangan duk rindu sangat kami kat sini sebab bila hg rindu kami ,kami lagi rindu hg .Hg kena ingat hg pi Taiping bukan suka-suka ja tapi sebab nak pi belajar .Budak pandai macam hg tak boleh la sia-siakan peluang macam ni .Ni untuk masa depan hg jugak .Yang paling penting sekali hg kena ingat yang walaupun hg jauh dari kami semua ,hg tetap dalam hati kami tau .Kami sentiasa sayang hg .Jangan pernah lupa tu .Ok ,setakat tu ja la entry aku tentang sahabat aku ni .ADIOS AMIGOS:'D

